Abstrak
Dunia berubah dengan begitu pantas. Dengan pengembangan Zon Perdagangan
Bebas (Free Trade Zone) di serata dunia, batasan dan persempadan negara terbuka
luas lalu menghasilkan globalisasi. Generasi baru dituntut menjadi lebih cemerlang
dalam era globalisasi. Kegagalan untuk berubah atau mengubah diri akan
ketinggalan dan dengan sendiri tidak lagi menjadi relevan. Dalam aspek
kelangsungan hidup, pelbagai organisasi telah menilai semula, memikirkan dan
membentuk formula baru cara melakukan sesuatu pekerjaan. Peningkatan
penggunaan teknologi sudah menjadi kemestian. Namun begitu elemen kemanusiaan
masih lagi penting dan relevan, khususnya dalam aspek latihan dan pembinaan
karakter cemerlang. Generasi yang tidak dapat menguasai teknologi sudah pasti
menempah kegagalan dan terpinggir. Teori “The Survival of The Fetus” masih
relevan sehingga hari ini. Generasi yang gagal menyerlah akan mati dan persaing
yang terbaik sahaja akan meneruskan kehidupan. Peranan universiti menghasilkan
generasi cemerlang menjadi lebih mencabar. Perubahan gaya hidup generasi baru
mesti disesuaikan dengan bentuk baru proses pengajaran dan pembelajaran di
universiti.